Untuk Tempahan


Sila hubungi untuk tempahan :

ZURAWITA BINTI AHMAD (ZURA)
019-4429464


Pick up point :
No.56, Jalan Bayu Indah 4
Taman Bayu Indah
08100 Sungai Lalang
Kedah

Hari Bekerja (Isnin - Jumaat) :

* Boleh amik di rumah time ptg @ malam


Hari Cuti Bekerja (Sabtu - Ahad) :

* Ambil di rumah zura. Maaf tiada urusan COD.

* jika zura ada urusan di luar boleh tunggu di mana-mana laluan yang zura akan lalu


Deposit diperlukan 50 % utk sebarang tempahan . Segala urusan dilarang secara hutang.

Payment :

Maybank - 152059966904
[ ZURAWITA BINTI AHMAD]


Cas penghantaran akan dikenakan jika di luar kawasan. Digalakkkan ambil sendiri @ buat temujanji utk ambil tempahan. PENGHANTARAN DIBUAT HANYA JIKA ZURA TIDAK SIBUK SAHAJA...


Sila email utk membuat tempahan ke cistatcomey@gmail.com atau hubungi melalui telefon.
Selain itu boleh juga melalui inbox
Facebook : Zurawita Ahmad @ page fb : Cistat Comey Bakery

Berikan maklumat :

* Nama
* No telefon
* Pick up time
* Jenis Tempahan / Jumlah tempahan / kuantiti



Memandangkan zura bekerja sila maklumkan tempahan terlebih awal sebelum mengambil tempahan anda..supaya mudah untuk zura mengatur pesanan...harap maklum.




Maklumat bayaran untuk tempahan

Maklumat bayaran untuk tempahan

24 September 2011

Nasi Jagung

Bulan posa aritu zura buat nasi jagung nie..mmg sedap....sapa-sapa nak cuba...try la buat....leh mkn dgn ayam masak merah....dalca..dan lain-lain yg dirasakan sesuai....

 NASI JAGUNG
  • 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan air
  • 4 cawan beras basmathi (guna beras wangi ja)
  • 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung) guna cup yg sukat beras tu
  • 1 cawan susu cair- guna cup yg sukat beras gak
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 btg kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • kisar bahan yg bertanda *
Cara-cara
  1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.(zura rendam 5 minit ja)
  2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
  3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
  4. setelah mendidih, masukkan susu dan beras. kacau rata dan didihkan lagi. (zura masukkan dlm rice cooker)
  5. setelah nasi hampir kering, masukkan jagung dan kacau kemudian tutup rice cooker.
Boleh hias nasi dgn kismis, bwg goreng @ kacang gajus yg digoreng dulu




    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan